Sunday, August 29, 2010

Selamat Datang

Posted on 12:53 AM by cyberlaw2010

Selamat Datang Ke Blog Rasmi "UKM Cyberlaw Generation". Blog ini dicipta bagi memenuhi keperluan dalam mata pelajaran Undang-Undang Siber yang merupakan salah satu subjek pilihan bagi para pelajar Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Di samping itu, blog ini dilihat sebagai salah satu alternatif bagi mengisi kelompangan yang berlaku dalam konteks pembelajaran Undang-Undang Siber dalam ruang lingkup perundangan persada Malaysia.


Blog ini dibangunkan oleh sekumpulan pelajar seramai 4 orang pelajar daripada Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia di bawah seliaan pensyarah Undang-Undang Siber UKM, Prof. Madya Dr. Nazura Abdul Manap.  


Blog ini telah dibangunkan dengan mengaplikasikan konsep "user friendly" yakni blog yang bercitrakan pengguna. Segala pautan yang terdapat dalam blog UKM Cyberlaw Generation telah disediakan secara sekemas yang mungkin. Pautan-pautan yang terdapat dalam blog ini merangkumi Akta-Akta di Malaysia dalam konteks pembelajaran Undang-undang Siber Malaysia, pautan ke blog-blog lain berkaitan dengan dunia siber, dan lain-lain. Pautan ini akan ditambah dari semasa ke semasa bagi memenuhi kehendak pengguna bloG.

Apa lagi yang ditunggu, PENGEMBARAAN SIBER ANDA BERMUL DARI SEKARANG.....


No Response to "Selamat Datang"

Leave A Reply


I made this widget at MyFlashFetish.com.