Showing posts with label Perkembangan Internet. Show all posts
Showing posts with label Perkembangan Internet. Show all posts

Sunday, October 10, 2010

Implementation of Act Malaysia Cyber Law

As Information and Communication Technology are getting more and more important, Malaysia government had approved some cyber laws to protect the right of the computer user.
Malaysia Cyber Law
Cyber laws are the law used to control the behavior of computer users in the country. For your information, there are currently four cyber laws which have been approved by the government which is known as Digital Signature Act 1997, Computer Crimes Act 1997, Telemedicine Act 1997 and Communication and Multimedia Act 1998.
Digital Signature Act 1997
The Digital Signature Act 1997 are used to protect computer user who use electronic communications especially on the Internet.
Digital Signature is a technology to verify the identity of a person using encryption techniques to protect against e-mail forgery. The encrypted code consists of the user’s name and a hash of all the parts of the message.
By attaching the digital signature, one can ensure that nobody can eavesdrop, intercept or temper with transmitted data. By doing so, a more secure and safe electronic communication could be done.
Telemedicine Act 1997
In Telemedicine Act 1997 stated that only qualified medical practitioners can use telemedicine and that their patient's rights and interests are protected.
This act provides the future development and delivery of healthcare in Malaysia. In other word, it is used to ensure all activities done through telemedicine are safe and not risky.
Communication and Multimedia Act 1998
By the implementation of Communication and Telecommunication Act 1998 ensures that information is secure, the network is safe, reliable and the service is affordable all over Malaysia. In Malaysia, you can also use this act for any cases regarding your internet service provider and see whether they got accused of part of this law.
Besides that, you can also feel free to practice electronic communication as this Act also ensures high level of user's confidence in the information and communication technology industry.
Computer Crimes Act 1997
Protection against the misuses of computers and computer criminal activities are ensured by the Computer Crimes Act 1997. Such as unauthorized use of programmes, illegal transmission of data or messages over computers and hacking and cracking of computer systems and networks are banned by this law, therefore to those who disobey this law can be charged on the court.
By implementing the Computer Crimes Act 1997, computer users can now protect their rights to privacy and build trust in the computer system. On top of that, this act also enable the government to track the illegal activities, thus reducing the cyber crimes cases.

Tuesday, September 28, 2010

Cerita Menarik Perkembangan Internet Global



Terdapat berbagai cerita menarik hasil dari perkembangan Internet. Antara yang boleh dikongsi adalah seperti berikut:


(i) Napster

Pada Januari 1999, Shawn Fanning, seorang mahasiswa di Boston, Amerika Syarikat, telah menghasilkan perisian yang membolehkan pengguna berkongsi fail secara mudah dalam Internet. Pada May 1999, laman http://www.napster. com ditubuhkan. Laman ini membolehkan pengguna, terutama pelajar universiti, untuk berkongsi fail muzik dengan pengguna lain melalui Internet seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 9.2. Perkongsian fail muzik, yang merupakan bahan hakcipta, menimbulkan kemarahan persatuan pengeluar muzik di Amerika. Pada Disember 1999, persatuan pengeluar muzik telah menyaman Napster. Pada Oktober 2000, Napster didapati bersalah oleh mahkamah kerana melanggar undang-undang kerana membantu dalam pengedaran fail muzik hakcipta tanpa izin dan memudahkan cetak rompak antara pengguna. Peristiwa ini menunjukkan bagaimana Internet boleh digunakan untuk membina satu model ekonomi baru. Dalam model ini, pengeluar berurusan terus dengan pengguna tanpa ada orang tengah melalui Internet. Ini menjimatkan kos. Kalau dahulu, penggemar muzik perlu membeli CD atau kaset muzik pada harga yang tinggi dari penjual muzik. Dengan Napster dan Internet, penggemar boleh memperolehi atau mencuba muzik yang diminati pada harga yang rendah atau percuma. Ramai berpendapat, penggemar muzik menggunakan Napster sebagai satu protes terhadap harga muzik yang terlalu tinggi dan keuntungan berlipatganda yang diperolehi syarikat muzik.



(ii) DeCSS

Pada 1996, syarikat pengeluar filem mula mengeluarkan filem dalam bentuk cakera DVD (Digital Video Disc). Untuk mengelakkan cetak rompak, mereka telah menggunakan satu skema perlindungan yang digelar CSS (Content Srambling System). Cakera DVD boleh memuatkan data 10 kali lebih banyak dari cakera VCD. Untuk melihat filem dari cakera DVD, pengguna perlu pemain DVD, sama seperti pemain VCD tetapi lebih mahal. Pada masa itu DVD belum popular. Pada 1999, dua kumpulan pengaturcara, satu di Jerman dan satu di Russia, telah berjaya memecahkan skema CSS dan memanggil aturcara mereka DeCSS. Aturcara ini
membolehkan filem dalam cakera DVD ditonton pada komputer. Seorang juruaturcara berusia 15 tahun sering dipaparkan dalam media sebagai orang yang pertama memecahkan skema CSS. Ini adalah tidak benar. Pihak pengeluar filem DVD telah menyaman semua mereka yang terlibat dalam menghasilkan dan menyebarkan kod DeCSS atas alasan melanggar hakcipta.



(iii) Netscape/Microsoft

Pada sekitar 1999-99, berlaku “peperangan” perisian pelayar Internet, iaitu perisian yang digunakan untuk melayar Internet, antara syarikat perisian gergasi Microsoft dan Netscape. Mengapa ini berlaku? Ramai berpendapat, sesiapa yang menguasai pasaran perisian pelayar Internet akan menguasai Internet kerana pelayar Internet adalah “kereta” untuk mencapai Internet. Peperangan ini ialah untuk menguasai pasaran pelayar Internet. Pada 1996, syarikat Netscape telah mengeluarkan perisian pelayar Netscape dan diberikan secara percuma untuk pengguna. Hasilnya, Netscape menguasai 80% pasaran pelayar Internet. Pada masa itu, Internet semakin popular. Banyak syarikat mula menyedari Internet sebagai satu peluang perniagaan yang menarik. Banyak laman web dibangunkan, barangan mula dipasarkan dan berbagai perkhidmatan ditawarkan.
Persoalan, bagaimana pengguna hendak mencapai Internet? Pengguna perlu menggunakan perisian pelayar Internet! Oleh itu, sesiapa yang menguasai pasaran pelayar Internet akan menguasai Internet. Syarikat Microsoft agak lewat memasuki Internet. Apabila menyedari kepentingan Internet, Microsoft mula menjalankan strategi untuk menguasai Internet. Ingat, Microsoft menguasai 90% pasaran sistem pengendalian komputer peribadi. (9 dari 10 komputer peribadi yang dijual menggunakan sistem Windows 95/98/ME/XP) Langkah pertama, Microsoft telah mengeluarkan Internet Explorer dan diberikan secara percuma pada pengguna. Perisian ini “digabungkan” bersama-sama sistem Windows 95/98/ME. Hasilnya, pada 1998,
hampir 90% pasaran pelayar dikuasai Internet Explorer. Pada 1998, Jabatan Kehakiman di Amerika Syarikat telah menyaman Microsoft atas dakwaan salahguna kuasa monopoli. Microsoft dikatakan telah menyalahgunakan kuasa monopoli dalam sistem pengendalian komputer untuk mewujudkan monopoli dalam
pasaran pelayar Internet.



(iv) Virus komputer I LOVE YOU

Pada Mei 2000, satu virus e-mel yang disebut ILOVEYOU telah tersebar di Internet secara meluas. Virus ini dihantar melalui e-mel sebagai sisipan yang berjudul ILOVEYOU. Pengguna yang menerima e-mel ini dan membuka sisipan ILOVEYOU ini akan menyebabkan komputer pengguna dijangkiti virus ini. Virus ini selanjutnya akan menghantar salinan dirinya kepada semua alamat e-mel yang terdapat buku alamat e-mel. Virus ini hanya berfungsi sekiranya pengguna menggunakan Windows 95/98/ME dan perisian e-mel Microsoft Outlook. Ia telah tersebar dengan cepat dan luas. Banyak pelayan e-mel lumpuh kerana virus ini. Virus ini boleh merosakkan data pada komputer dan sukar dibuang. Peristiwa ini menunjuk beberapa perkara. Pertama, virus amat senang ditulis. Sebagai contoh, virus ILOVEYOU ditulis oleh seorang pelajar dari Filipina dalam bahasa Visual Basic. Kedua, penyebaran virus adalah luas dan pantas melalui e-mel. Dalam masa beberapa jam sahaja, virus ini telah tersebar ke Amerika Syarikat dan Eropah. Ketiga,
pengguna sering tidak berhati-hati bila membaca sisipan e-mel. Tindakan klik untuk buka setiap sisipan adalah berisiko tinggi. Adalah dinasihatkan pengguna menggunakan perisian e-mel yang lebih selamat seperti Eudora.
Selepas peristiwa ini, berbagai virus e-mel baru mula tersebar dengan kesan yang lebih buruk. Umpamanya, virus NEWLOVE yang boleh menghapuskan data pada komputer. Adalah dinasihatkan pengguna sentiasa berwaspada dalam menerima e-mel dan sentiasa menggunakan perisian anti virus untuk menjaga komputer pengguna.


(Sumber Daripada Open University Malaysia, OUM)

I made this widget at MyFlashFetish.com.